Reaksi rakyat negara ini ialah pro dan kontra tentang ISA. Adalah amat penting sekali dua kumpulan ini duduk semeja atau di meja bulat untuk mencari jalan terbaik untuk mengawal keadaan.Pihak kerajaan yang memegang kuasa harus berlapang dada dengan lebih tinggi-bernilai tinggi berhadapan dengan karenah penyokong kontra tersebut. Namun ia harus ditangani dengan penuh berhati-hati.Sebarang tindakan kekerasan yang terlebih tindakan boleh pula menimbulkan kekacauan yang lain.
Adalah amat berat dipikul oleh kerajaan untuk menengani kemelut ini.ISA yang telah menjdi akta sekian lama diwarisi semenjak selepas peperangan duni kedua tentu tidak mungkin dapat diambil keputusan yang singkat atau terburu-buru.Bagaimanapun, kita percaya, dengan adanya bijak pandai negara pada masa ini, kita berharap isu ini dapat ditangani dengan telus, bijak dan sempurna.
Seandainya ada keperluan untuk mengkaji seperti yang sering dilaung-laungkan itu,maka langkah segera haruslah diambil bersama. Diantaranya ialah mungkin ditubuhkan satu panel diraja untuk mengurus pengkajian tersebut dengan melibatkan semua lapisan rakyat yang terpilih.
Secara umum ISA tentulah satu akta yang baik lebih-lebih lagi pada masa yang memerlukan akta tersebut diguna pakai oleh pemerintah.Bagimanapun dari satu sudut yang lain, tidak adakah kaedah atau langkah-langkah yang lain yang boleh diguna pakai dalam menangani hal-hal tertentu. Sebagai sebuah kerajaan yang mendukung agama Islam sebagai agama rasmi dan kerajaan berparlimen, kita berpendapat hukum-hukum yang ada adalah salah satu panduan yang benar.
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Pembangunan Terusmadi
Terusmadi ialah sebuah kawasan pergunungan ke dua tertinddi di Sabah.Ia boleh dihubungi dengan jalan darat yang masih 'gravel' pada masa ini.Ia patut dibangunkan oleh pihak kerajaan bagi menjadikan kawasan ini sebuah kawasan pembangunan baru yang termaju di Sabah.
H1N1 Yang Misteri
H1N1..satu nama yang ganjil..tapi amat menakutkan dan amat menggerunkan dunia pada masa ini.Apakah ia sebenarnya?setakat ini belum ada bahan penangkis atau penawarnya yang mujarab.Ini menunjukkan kekutan saintis, ilmu yang tahap tinggi pun masih belum dapat mengolah sesuatu yang mampu untuk menhalang daripada kepantasan merebaknya H1N1 ini.
Wednesday, July 29, 2009
Ah Long atau ceti haram amat sinonim dengan masyarakat bawahan terutama peniaga-peniaga kecil di seluruh negara. Dalam satu keadaan, mereka yang terdedah kepada kebarangkalian untuk mendapatkan pinjaman mudah daripada ah long ini tidak berfikir panjang untuk mengambil keputusan yang cepat. Ini juga disebabkan tidak ada pilihan terakhir, cepat dan mudah untuk mendapatkan pinjaman atau bantuan kewangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
