Total Pageviews

Popular Posts

Thursday, August 20, 2009

kemelut semakin parah

melihat kepada perkembangan semasa negara kita, semakin banyak kekalutan yang daripada kesan kemelut sebelumnya.Ini jelas terpancar daripada setiap isu yang timbul setiap masa. Ini termasuklah wabak slesema khinzir,pilihanraya Permatang Pasir dan inkues Teoh. Sebagai rakyat, kita amat memerlukan penyelesaian demi penyelesaian tetapi sebaliknya lebih banyak kekalutan yang terwujud.

Monday, August 3, 2009

Kontroversi Isu ISA

Hari ini negara kita masih sibuk dengan kesan perhimpunan GMI 2 hari lalu.Adalah sesuatu yang memberi kesan besar kepada keamanan dan ketenteraman keseluruhan negara kita yang tercinta.Tentunya pro dan kontra dalam isu ISA ini.Tetapi mengapa perkara ini harus terjadi?Apa perlunya ia terus ditimbulkan oleh pihak-pihakberkepentingan?Dan apa pendirian piak-pihak berkuasa dalam menangani kemelut ini?

Negara kita menuju era pembangunan dan perubahan demi perubahan harus diambil pantas bagi memaju kemajuan yang seimbang mengikut peredaran dunia global yang semakin canggih dan pantas berubah. Namun, dalam masa yang sama negara juga harus memandang elemen-elemen tertentu yang boleh menjadi duri, mengait ketika kita bergerak yang memberi kesan tergores atau terluka.Maksudnya kalau ada perkara-perkara yang masih kita rasakan boleh membantut pergerakan ke arah perubahan, maka seharusnya juga diambil perhatian serius. Umpamanya perkara-perkara lapuk seperti akta-akta yang tak relevan lagi, hukum-hakam yang tidak sewajarnya lagi dan pelbagai lagi perkara.

Saturday, August 1, 2009

Pinjaman Mudah

Kerajaan seharusnya terus mencari kaedah-kaedah baru yang lebih efisen dalam memberikan kemudahan pinjaman mudah kepada rakyat yang amat memerlukan terutama golongan peniaga-peniga kecil.

Selama ini, masih kedengaran rungutan-rungutan para peniaga kecil yang mahukan satu sistem pemberian pinjaman mudah ala ahlong. Mudah dan cepat tanpabanyak karenah tetapi sistem bayaran yang flexsibel dan tidak membebankan.

Perhimpunan GMI

Nampaknya perhimpunan gerakan mansuh ISA berjaya diadakan dibeberapa tempat sekitar Kuala Lumpur.Adalah ia menjadi sesuatu yang telah berlaku.Pihak anggota keselamatan juga terpaksa bertungkus lumus menjaga semua sudut keadaan sebagai langkah keselamatan.Apakah yang pembantah dapat?Apakah yang penduduk sekitar rasai?Apakah yang telah dilakukan oleh pihak keselamatan? Dan apakah natijah pemerintah dalam melihat dan menilai situasi tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengambil iktibar atau apa-apa pengajarannya.Apakah ISA itu akan dimansuhkan, diubahsuai atau dikurang dalam beberapa hal yang sangat perlu.

Pihakkerajaan tentunya mempunyai pandangan menyeluruh apakah langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil bagi menangani kemelut ISA ini.Kita juga tidak mahu pihak yang membantah sering mencetuskan suasana tegang terutama di sekitar Kuala Lumpur.