Total Pageviews

Popular Posts

Saturday, August 1, 2009

Perhimpunan GMI

Nampaknya perhimpunan gerakan mansuh ISA berjaya diadakan dibeberapa tempat sekitar Kuala Lumpur.Adalah ia menjadi sesuatu yang telah berlaku.Pihak anggota keselamatan juga terpaksa bertungkus lumus menjaga semua sudut keadaan sebagai langkah keselamatan.Apakah yang pembantah dapat?Apakah yang penduduk sekitar rasai?Apakah yang telah dilakukan oleh pihak keselamatan? Dan apakah natijah pemerintah dalam melihat dan menilai situasi tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengambil iktibar atau apa-apa pengajarannya.Apakah ISA itu akan dimansuhkan, diubahsuai atau dikurang dalam beberapa hal yang sangat perlu.

Pihakkerajaan tentunya mempunyai pandangan menyeluruh apakah langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil bagi menangani kemelut ISA ini.Kita juga tidak mahu pihak yang membantah sering mencetuskan suasana tegang terutama di sekitar Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment