Reaksi rakyat negara ini ialah pro dan kontra tentang ISA. Adalah amat penting sekali dua kumpulan ini duduk semeja atau di meja bulat untuk mencari jalan terbaik untuk mengawal keadaan.Pihak kerajaan yang memegang kuasa harus berlapang dada dengan lebih tinggi-bernilai tinggi berhadapan dengan karenah penyokong kontra tersebut. Namun ia harus ditangani dengan penuh berhati-hati.Sebarang tindakan kekerasan yang terlebih tindakan boleh pula menimbulkan kekacauan yang lain.
Adalah amat berat dipikul oleh kerajaan untuk menengani kemelut ini.ISA yang telah menjdi akta sekian lama diwarisi semenjak selepas peperangan duni kedua tentu tidak mungkin dapat diambil keputusan yang singkat atau terburu-buru.Bagaimanapun, kita percaya, dengan adanya bijak pandai negara pada masa ini, kita berharap isu ini dapat ditangani dengan telus, bijak dan sempurna.
Seandainya ada keperluan untuk mengkaji seperti yang sering dilaung-laungkan itu,maka langkah segera haruslah diambil bersama. Diantaranya ialah mungkin ditubuhkan satu panel diraja untuk mengurus pengkajian tersebut dengan melibatkan semua lapisan rakyat yang terpilih.
Secara umum ISA tentulah satu akta yang baik lebih-lebih lagi pada masa yang memerlukan akta tersebut diguna pakai oleh pemerintah.Bagimanapun dari satu sudut yang lain, tidak adakah kaedah atau langkah-langkah yang lain yang boleh diguna pakai dalam menangani hal-hal tertentu. Sebagai sebuah kerajaan yang mendukung agama Islam sebagai agama rasmi dan kerajaan berparlimen, kita berpendapat hukum-hukum yang ada adalah salah satu panduan yang benar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment