Total Pageviews

Popular Posts

Monday, August 3, 2009

Kontroversi Isu ISA

Hari ini negara kita masih sibuk dengan kesan perhimpunan GMI 2 hari lalu.Adalah sesuatu yang memberi kesan besar kepada keamanan dan ketenteraman keseluruhan negara kita yang tercinta.Tentunya pro dan kontra dalam isu ISA ini.Tetapi mengapa perkara ini harus terjadi?Apa perlunya ia terus ditimbulkan oleh pihak-pihakberkepentingan?Dan apa pendirian piak-pihak berkuasa dalam menangani kemelut ini?

Negara kita menuju era pembangunan dan perubahan demi perubahan harus diambil pantas bagi memaju kemajuan yang seimbang mengikut peredaran dunia global yang semakin canggih dan pantas berubah. Namun, dalam masa yang sama negara juga harus memandang elemen-elemen tertentu yang boleh menjadi duri, mengait ketika kita bergerak yang memberi kesan tergores atau terluka.Maksudnya kalau ada perkara-perkara yang masih kita rasakan boleh membantut pergerakan ke arah perubahan, maka seharusnya juga diambil perhatian serius. Umpamanya perkara-perkara lapuk seperti akta-akta yang tak relevan lagi, hukum-hakam yang tidak sewajarnya lagi dan pelbagai lagi perkara.

No comments:

Post a Comment